Monday, December 18, 2006

3G engineer (the first assignment)

Hari ni…bermulalah..satu lagi tugas2 yang agak berat bagi aku …support 3G equipment untuk Celcom Labuan ( ini bermakna masa tidur aku semakin berkurangan) hahaha…sangat sedih bila kehilangan satu hobi yang sangat berharga iaitu tidur….
Yang kat dalam gambar tu ialah node B’s yang berfungsi sebagai penyebar signal 3G. yang bestnya aku dapat test video call ngan member aku dekat KL….boleh lah time delay pun tak lah teruk sangat…..kalau slow tak tau..lah sebab aku bediri kat bawah antenna 3G..hehehe

satu jer keburukan 3G ni kat aku….senang lah bos aku dari KL control aku…dah tak boleh tipu..dulu walaupun duduk kat rumah..tapi cakap kat office..hehehe…tapi sekarang ni dah tak boleh sebab guna 3G. kepada yang dah kawin..hehehe..dah tak boleh tipu bini bila guna 3G..ooohhh..hehheh

Battle of the Band

dari kiri Ami, Zainal, Enk dan One

Hee…tu..dia..penyanyi2 berbakat dekat labuan…kalau M.Nasir ker..siap2 yang tengok kita orang menyanyi sure dia orang pangil untuk buat test recording…hahaha..tengok saja gambar tu…masing2 tunjukan kesunguhan nak menyanyi…hahaha….

Kita orang sebenarnya lepak kat salah sebuah pub yang cukup relax kat labuan ni…ahh..yang tu..tu…tiada…ahh…kira tempat ni clean lah…yang bestnya time orang ramai…gang2 ni semua senyap seolah2 tiada apa2 yang berlaku…walau pun dipangil beberapa kali oleh bandboy untuk menyanyikan lagu tetapi gang2 ni tak nak tampil kehadapan untuk menyayikan lagu…semua malu2 kucing …

dari kiri franky, Zainal, Madi, Lobo (bukan nama sebenar) dan Enk

Tapi bila saja semua customers pub tu balik…apa..lagi gang terus sahaja meluru ke depan dan memulakan concert tanpa segan silu..hahahah..masing2 tunjukan bakat masing2..tengok..lah gambar tu…siap bawa minuman lagi tu (p/s yang tu bukan arak yang tu malta..lah)

Disebabkan terlalu khusuk menyanyi…gang2 ni tak berhenti…sehinggalah owner pub tu meminta agar kita orang berhenti menyanyi sebab dia dah nak pulang…ngantuk…hahah
Kalau tak.. sure gang2 ni menyanyi sampai ke pagi..hahah

Sunday, November 12, 2006

I simply just love this job


Haa….selama ni aku mention kerja aku kat dalam friendster aku lepak2 kat kedai kopi jer, kali ni aku nak share sikit. Aku rasa selama aku kerja ngan company aku sekarang ni, time ni ah aku rasa betul2 mencabar, apa Tanya aku kena investigate masalah yang berlaku kat Airport Labuan (macam polis lah pulak ehh…nak investigate).

Tugas aku kena investigate kenapa Aircraft Communication System dekat Airport Labuan down. Aircraft Communication System atau lebih dikenali sebagai GTC. Fungsi utama benda ni ialah memastikan setiap aircraft yang landing kat Airport Labuan secara automatic akan menghatar report ke ground staff untuk dianalisa bagi memastikan tiada kerosakan pada system aircraft. Data-data ini akan dihantar secara outomatik oleh computer yang ada pada aircaraf terus kepada computer Aircraft Engineer .

Yang best dan tensionnya aku tak pernah handle pun equipment yang diberi nama stabillock ni. Equipment ni aku baru dapat dari Singapore. Pagi aku ambil dari DHL tengahari baru dapat manual (email) jam 2 terus saja ke Airport untuk buat investigation. Aku rasa nak pitam…di buatnya aku hanya ada masa ½ jam untk study….fuuuu.

Bila aku buka jer equipment tu dari box aku…dah mula gabra..dah…camna nak pakai binatang ni…di sebabkan aku dah malas nak baca manual yang setebal buku text kat U dulu….aku apa lagi aku call direct ke Singapore minta dia orang assist aku by phone..hahahah….dan member kat Singapore ni pun assist lah….

Hari tu aku kena buat 13 jenis test untuk setiap satu WR/100 and WT/100. Ada 2 WR dan ada 2 WT ini bermakna aku kena buat 52 test…lagi satu tekanan yang hamper membuat aku pitam…..kalau aku rasa2 nak pitam..aku pangil lah engineer MAS ni isap rokok kat dalam office dia..pas tu sambung balik kerja. Aku habis kerja malam tu jam 8.30 malam. Bill telephone aku melambung sebab kena call ke Singapore selama 4 jam lebih..haha tapi tdak apa boleh claim….

Monday, October 30, 2006

Save me from sleep

"Sleep is the state of natural rest observed in most mammals, birds, fish, and even invertebrates such as the fruitfully Drosophila. It is characterized by a reduction in voluntary body movement, decreased reaction to external stimuli, an increased rate of anabolism (the synthesis of cell structures), and a decreased rate of catabolism (the breakdown of cell structures). In humans, mammals and many other animals which have been studied, such as fish, birds, mice and fruitflies, sleep is necessary for life. The capability for arousal from sleep is a protective mechanism and also necessary for health and survival. Technically, sleep is different from unconsciousness"

ni...lah masalah plg besar dalam hidup aku.....tidur jer memanjang.....kerja pun macam tak kerja....hari2 pun bangun lewat....sampai aku dah naik boring dok tidur jer...sebab tulah aku masuk PSSTLDM...ni konon nak disiplinkan diri ...supaya boleh control diri untuk tidak tidur berlebihan...dulu aku pernah kena...Insomnia masa study kat U dulu....tu...lagi seksa tak leh tidur malam..tapi lah ni...dah jadi terbalik..lak.....mudah sangat tidur...tambah2 habis makan fuu....goreng pun sodap....mata rasa layu jer..

yang tak bestnya kalau tidur berlebihan walaupun sedap tapi banyak keburukannya...antaranya boleh mengemukan..beb...dan boleh menjadikan kita malas apa taknya kalau bangun jam 12 tengahari....rasa sengal2 tulang pas tu masa utk bekerja pun dah jadi tinggal setengah hari......oleh tu aku nak serulah kepada 2 org lagi housemate aku..mari..lah kita beramai2 "say no to sleep" heheh...dah tak da bendalah nak cita..cita..lah pasal tidur..hahaha

Monday, August 14, 2006

Langit Tidak Selaluhnya Cerah

"Langit Tidak selalunya cerah" begitulah kata2 yang mampu diperkatakan apabila pasukan Gabungan ECTrus&Alumni Tumpas di tangan pasukan Sara College. walaupun para peminat2 pasukan gabungan jelas kecewa atas kekalahan pasukan tersebut tetapi ramai dikalangan mereka berpendapat "itu adalah adat permainan" apa yang penting selepas ini, pasukan Gabungan harus lebih berhati2 di setiap perlawanan.

Pada separuh masa pertama pasukan gabungan telah di belasah 6 berbalas kosong, kita takyah lah cerita separuh masa pertama...tak best pun...yang best dia orang sara college jer...sebab dapat score 6 biji. ok...kita masuk separuh masa kedua saja..lah

Pada separuh masa kedua pasukan gabungan mula bangkit ibarat seekor naga yang baru bangun tidur...sebab semalam naga tu tidur lewat main internet. Asakan demi asakan yang di lancarkan oleh pasukan gabungan tidak terkira lagi. sehingga lah pada minit ke 52 jaringan rudi setelah mendapat umpanan dari Wan (wan tu aku..lah) telah menaikkan lagi semangat pasukan gabungan. pada minit ke 68 pasukan gabungan memperolihi sepakan penalti setelah wan ( wan lagi....) dijatuhkan dalam kotak penalti. walaubagaimana pun sepakan penalti yang di ambil oleh Zainal dapat di tepis oleh penjaga gol pasukan Sara(zainal tidak berjaya menyempurnakan sepakan penalti tu sebab kasut dia masih baru lagi..baru beli..bah..lagi pun masa tu padang lecak..) dan pada minit 82 Enk berjaya menyumbat gol kedua pasukan gabungan dengan larian solo beliau.....

Apa apa hal pun ....kira semua player pasukan gabungan malam tu bermain dengan baik....kira kalah sebab padang lecak....basah sebab baru habis hujan.....

itu saja lah yang saya boleh laporkan dari...studio blok 73....

Friday, August 04, 2006

The real Game ECTrust & KAL Alumni Vs The Lecturers

Labuan 14/08/06 – Pertemuan 2 gergasi bola sepak padang kecil merupakan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh pengemar bola sepak tempatan, perlawanan semalam mengingatkan saya pada perlawanan di antara pasukan Malaysia Bertemu pasukan England. Yang mana pasukan Malaysia terpaksa akur kepada pasukan England.


Pasukan The Lacturers pada mulanya menujukan permainan yang agak kental terutamanya pada bahgian pertahanan menyebabkan pasukan gabungan (ECtrus& Alumni) agak sukar membolosi pintu gawang pasukan The Lectures. Permainan semakin rancak pada minit minit seterusnya pasukan The Lectures bangkit ibarat harimau menari di tengah padang sekaligus cuba merobek benteng pasukan gabungan tetapi tidak berjaya.

Pada minit ke 28 pasukan gabungan akhirnya berjaya menjinakkan sang harimau melalui jaringan Wainul pada jarak 20 meter di luar kotak penalty.

Pada separuh masa kedua menujukan penguasaan pasukan gabungan, kecederaan yang di alami oleh sudin pada awal separuh masa kedua menyebabkan pasukan The Lecturers kehilangan tonggak utamanya, serta keletihan pemain2 the lecturers membuka ruang kepada pasukan gabungan untuk mengukuhkan dan menambah jaringan. Menjadikanya 7 berbalas 0 di separuh masa kedua, jaringan2 pasukan gabungan pada separuh masa kedua di jaringkan oleh Hanry pada minit 55 dan 78, Rudy minit 67 dan 81, Winul pada minit 90.

"Majulah Industri Hiburan Negara"

Tuesday, August 01, 2006

Alumni KAL&EC Trust Vs UMS Team (Lecturers)

Lepas2 jer piala Cawan (world Cup) ni semua excited nak main bola, semua nak tunjuk skill, untuk tidak menghampakan bintang bola sepak padang kecil labuan, maka satu perlawanan yang julung2 kalinya di labuan akan dia adakan.

menurut sumber yang di perolehi perlawanan ini adalah di Antara Alumni KAL bergabung dengan EC Trust akan menentang UMS Team (Lecturers). menurut karamsingwalia pasukan gabungan EC trust dan Akumi KAL akan di perkuatkan lagi dengan kehadiran tongak pemain seperti Enk Koko ( adik beradik ngan Kaka) Zainal Zidan, Chin je song serta philip one, kehadiran pemain2 ini di jangka akan memberikan saingan hebat kepada pasukan UMS yang akan menurunkan pemain ke11an utama mereka antaranya ialah Hanu Razu, Ejal Zambrota, Sudin Alonso, penyanyi Lobo, Sham Hatami, madi craspo, zul metzelda dan ramai..lagi

berbeza dengan perlawaan yg lain saya di maklumkan perlawanan kali ni adalah free penonton tak perlu membayar tiket untuk menyaksikan aksi mereka. marilah beramai2 menyaksikan perlawan yang bertaraf kedua dunia selepas world CUP

Tarikh: 2/08/06
Tempat: Komplax Sukan Labuan
Masa: 8.00 Malam

" Majulah Industri Hiburan Negara"

Monday, July 31, 2006

Farewell Dinner (Dr Zainal)

Dari Kiri: Shamsul, Chin, Rizal, Zainal, Ridwan, Hanudin

Ahli2 Alumni KAL yg hadir pada malam itu


Dr Zainal dan Isteri ( Pn Hamidah)



Rasa sedih..jugak..bila cita pasa Farewall ni...tapi...sudah menjadi lumrah setiap pertemuan tu ada perpisahan..baru baru ni (27/07/06) persatuan bekas bekas pelajar labuan yang ada di Labuan telah mengadakan satu majlis yang sederhana untuk mengucapkan selamat bersara kepada Dr Zainal....

Pirates of Malaya



Ha....kalau nak tau ni lah..lanun2 asal... kalau nak tau cerita...menurut khabar angin yang tersembur kat telinga dan kalau merujuk kat buku yang bertajuk "persatuan lanun di kepulauan malaya" tulisan atau pun karia Aria Bupala yang ber asal dari kepulaun sumatra barat,

kononnya pirate of caribbean tu kira macam meniru nama dari kumpulan lanun yang yang aktif dari kepulaan malaya ni..lah...tapi tak apa ....kalau dia orang nak tiru pun tak apa sebab lanun kepulauan Malaya ni pada masa tu tak tau nak Patentkan dia orang punya nama, sebab masa tu paham pahamlah mana ada komputer yang cangih, yang ada cuma parang, buluh runcing ( utk menewaskan orang yang lud besi) dan kapal perang yang bekuasa 200 cc sahaja. merapu..pulak ..lah aku ni yehh...

bila ku tengok gambar ni...teringat lak aku time2 study dulu..masa kat KAL, dalam masa tiga tahun tu study..masa yang palig best...tu...masa tahun satu..lah.....semua baru kenal2 member..jadi persahabatan tu..kira rapat..lah......pi makan kat cafe, pi kelas, pi padang dan pi Kaadaiiii pun sekali ngan kawan2 ....kalau tak caya tengok gambar kat bawa tu...


kepada member2 yang ada gambar lama yang nak bagi...tu boleh lah send kat aku..sebab kalau boleh aku nak jugak kumpul gambar lama ni...bukan apa kalau tengok gambar lama2 ni kekadang boleh gelak di buatnya...